Bismillah 5

on 2014/02/23

Salam sejahtera.

Sakit boleh datang pada bila-bila masa sahaja. Tanpa sebarang amaran. Ia berlaku pada masa yang tidak mampu untuk kita jangka. Adakah kita bersedia ? 

Dibawah ini adalah ayat Bismillah 5. Ramai yang sudah tahu fadhilat Bismillah 5, tetapi tidak ramai yang ambil peduli. 

Imej dari internet.

Secara peribadi saya berpendapat bahawa kita perlu mengamalkan sesuatu ayat  Al Quran sebelum menggunakannya dalam mengubati penyakit. Cara terbaik adalah dengan membaca ayat tersebut setiap kali selepas solat fardhu. Setelah hafal dan betul-betul mahir barulah boleh digunakan.

Bismillah 5 boleh kita gunakan untuk pendnding diri, merawat diri sendiri dan merawat orang lain.

Terdapat pelbagai cara rawatan menggunakan Bismillah 5. Antaranya dengan membaca Bismillah 5 dalam bilangan ganjil, ditiup ke tapak tangan lalu diusap ke bahagian yang sakit.

Cara yang lain adalah dengan membaca Bismillah 5 dalam bilangan ganjil lalu ditiup ke dalam air. Air tersebut boleh diminum atau dimandikan kepada pesakit.

Untuk merawat diri sendiri, biasanya saya niatkan apa yang saya mahu dan saya baca seberapa banyak yang mampu dan diusap pada tempat yang sakit. Perkara yang paling penting adalah niat untuk mengubati dan sedar bahawa penyakit itu adalah ujian Allah. Mohonlah supaya Allah padamkan ujian tersebut dan bacalah Bismillah 5 beribu-ribu kali jika mampu.

Mungkin agak sukar untuk permulaan. Jika sudah menjadi amalan ia menjadi mudah. In Sya Allah.

Selamat beramal. 

Tag :

Amalan Melindungi Diri Dari Jin Dan Syaitan

on 2013/01/08

Salam sejahtera.

Maafkan saya kerana sudah lama saya tidak update blog ini. Saya sebenarnya sedang menghabiskan pembacaan berberapa buah buku berkaitan Islam dan doa. In Sya Allah jika ada masa terluang saya akan kongsikan dapatan saya daripada pembacaan tersebut.

Berdasarkan pembacaan saya dan perbincangan dengan beberapa ustaz, saya dapati hampir semua ayat Quran adalah doa. Oleh sebab itu kita dianjurkan supaya sentiasa membaca Al Quran.

Menurut suatu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah bersabda. "Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur (tidak dibaca Al Quran di dalamnya). Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah Al Baqarah (ayat Al Quran)."  

Di bawah ini saya serta salah satu ayat yang boleh kita amalkan setiap hari untuk memohon perlindungan kepada  Allah Ta├íla. Ayat ini sememangnya kita amalkan setiap kali selepas solat. Jom kita tambah lagi pembacaannya setiap pagi dan petang.


Ayat ini adalah Ayatul Kursi , salah satu ayat dalam surah Al Baqarah. Merupakan bacaan yang dapat melindungi diri dari jin dan syaitan. In Sya Allah.

Semoga anda beroleh manfaat. Jika boleh share kan di FB anda.

Saya juga memohon kerjasama untuk memberi undian kepada blog ini untuk World Blogger And Social Media Awards 2013. Anda hanya perlu daftar di situ dan membuat undian. Blog ini berada di petak ke 12.

Terima kasih.
Tag :

Doa Pelindung Diri

on 2012/12/10

Sejak Nabi Adam mula dicipta, mereka telah mula ingkar perintah Allah. Dengan rasa sombongnya mereka enggan sujud kepada Nabi Adam. Mereka telah dilaknat oleh Allah lalu diusir keluar dari syurga. Sejak itu mereka telah berjanji kepada Allah untuk menyesatkan anak-anak Adam (manusia) sehingga hari kiamat.

Kerana bisikan dan hasutan mereka jugalah Nabi Adam telah terkeluar dari syurga. Segala usaha mereka untuk menjahamamkan anak-anak Adam berterusan hingga ke hari ini.  Maka berlakulah pelbagai fitnah dan kerosakan di atas muka bumi ini hasil perbuatan manusia yang terpedaya dengan hasutan mereka.

Allah Ta'ala telah mewahyukan kepada Rasulullah agar baginda memohon perlindungan kepada Allah dari fitnah dan bisikan syaitan dan dari kedatangan mereka ke majlis baginda. Oleh itu kita sangat digalakkan untuk bermohon kepada Allah dengan membaca doa perlindungan dari godaan syaitan.



Jika anda mempunyai bayi atau anak, eloklah dibacakan doa pelindung bayi dari gangguan syaitan.


Rasulullah sendiri pernah membacakan doa ini untuk cucu baginda (Hasan & Husain) untuk memohon perlindungan kepada Allah dari gangguan syaitan dan penyakit. Doa ini juga pernah dibaca oleh Nabi Ibrahim anaknya Ismail dan Ishaq.

Semoga anda beramal dengannya dan memperolehi manfaat. Sekian.
Tag :

Marah

on 2012/12/03

Marah !

Anda marah ? Semua orang pernah marah. Ada pelbagai sebab untuk marah. Tidak puas hati adalah punca utama untuk marah. Oleh itu kawal perasaan amarah anda. Berhati-hati dalam semua keadaan dan bertenang. Sabar adalah perkataan yang sering disebut apabila melihat orang marah. Banyakkan bersabar dan berselawat untuk menyejukkan hati. Kawal kemarahan.

Sebuah hadis Rasulullah ada menyebut :


Oleh yang demikian, sebaiknyalah kita mengawal nafsu amarah. Orang yang dapat mengawal api kemarahan sendiri adalah orang yang kuat.

Bagaimana menghilangkan kemarahan ? Menurut satu riwayat, dua orang lelaki bertengkar berhampiran Rasulullah, lalu seorang daripada mereka marah, Rasulullah pun bersabda:, Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimat yang apabila diucapkan nescaya kemarahannya akan hilang, iaitu :

  
Ingatlah kalimat ini. Anda boleh amalkan sepanjang masa setiap kali mahu melakukan sesuatu. Jadikan kalimat ini amalan harian. Ia sebagai pelindung diri kita dari godaan syaitan yang direjam.
Tag :

Doa Memohon Ampun

on 2012/11/25

Salam sejahtera.

Setiap hari kita lalui kehidupan dengan pelbagai aktiviti dan peristiwa. Perkara ini kebanyakannya menguji kesabaran dan keimanan kita. Jika kita sabar , In Sya Allah kita selamat. Jika kurang sabar, mungkin kita melakukan dosa. Kebanyakkannya dosa-dosa kecil. Antara dosa-dosanya, mencemuh, bersangka buruk, menyinggung perasaan orang, riak, sombong dan memandang rendah kepada orang lain. Setakat mana kesabaran dan banyak mana dosa kita. Tidak ada alat untuk melihat perkara tersebut dengan jelas.

Oleh itu kita dianjurkan untuk sentiasa bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah. Di sini saya sertakan doa mohon ampun segala dosa. Doa ini boleh kita amalkan sepanjang masa atau  dibaca ketika selesai solat fardu.



Doa ini dari Surah Ali Imran , Ayat 16. Amalkan, semoga kita beroleh manfaat.
Tag :

Doa Ketika Keletihan

on 2012/11/16

Letih. Itu fitrah manusia. Semua manusia akan letih apabila melakukan sesuatu dalam jangka masa yang lama.  Keletihan tiada ubat atau penawar. Anda hanya perlu berehat apabila letih. Anda boleh baring, duduk tidur atau makan , apabila rasa keletihan.

Tidak ramai yang mahu berdoa apabila letih. Tidak ramai yang tahu akan kewujudan doa ketika keletihan. Sebelum saya dedahkan doa ini,sila rujuk post kaedah rawatan dengan doa.

Setelah anda tahu kaedahnya bolehlah anda membaca doa ketika keletihan ini sebanyak 7 kali sambil menggosok-gosokkan anggota yang lenguh atau sakit ketika keletihan.


Lakukan dengan penuh yakin dan tenang. Semoga anda beroleh manfaatnya.
Amin !
Tag :

Penghulu Istighfar

on 2012/11/01

Istighfar biasanya kita ucapkan apabila kita melakukan kesilapan, terkejut atau terlupa. Ini adalah kebiasaan bagi orang Melayu Islam di negara kita. Selepas solat juga kita beristighfar sebelum berzikir. Sebelum memulakan rawatan penyakit juga ustaz akan beristighfar.

Istighfar adalah salah satu cara kita memohon ampun kepada Allah. Biasanya diulang tiga kali atau dalam bilangan ganjil.

Di sini saya kongsikan sebutan istighfar yang dianggap paling besar. Menurut al Walid bin Tha'labah,  Rasulullah pernah bersabda, "Sesiapa membaca doa tersebut, maka in akan masuk syurga hari atau malam itu juga".


Sebaiknya kita amalkan setiap hari waktu pagi dan petang. Semoga Allah mengampuni dosa kita.

Sekian.
Tag :

Mendidik Anak Bersolat

on 2012/10/13

Seperti yang kita maklum, solat adalah tiang agama. Solat adalah perkara wajib bagi manusia yang mengaku Islam. Ia merupakan perkara utama dalam rukun Islam. Solat ini nampak mudah untuk dilakukan tetapi ramai  yang gagal melakukannya.

Solat lima waktu  juga mengajar kita untuk berdisiplin dan istiqamah melakukan ibadah kepada Allah. Tanpa didikan agama yang kukuh, kita akan berasa berat untuk bersolat dan seterusnya akan meninggalkan solat lima waktu yang sebenarnya perkara yang wajib kita tunaikan sebagai umat Islam.

Meninggalkan sembahyang lima waktu akan membuatkan diri kita semakin menjauh dari Alalh Taala dan akan mula leka dan ambil mudah mengenai perintah Allah.

Untuk memastikan anak – anak anda sembahyang lima waktu sehari tanpa tertinggal walaupun satu waktu pun, bukanlah perkara mudah. Anak-anak anda perlu diberi didikan agama yang kukuh. Anda perlu ajar mereka mengenai agama Islam dan penitngnya sembahyang lima waktu sebagai seorang Islam.

Anak-anak tidak mahu bersolat kerana mereka tidak biasa bersolat.

Ini masalah utama. Oleh itu ajarlah anak-anak anda bersolat seawal usia 2 tahun. Ajaklah mereka bersolat bersama-sama. Anda boleh menyuruh suami/isteri menjaga anak anda , anda bersolat, anak anda memerhatikankan perbuatan anda. Jangan menyorok daripada mereka ketika anda ingin solat. InsyaAllah mereka akan mula meniru perbuatan solat anda.

Anak-anak tidak mahu bersolat kerana mereka tidak tahu bacaan ketika solat. 

Ajar anak-anak anda menghafal bacaan solat ketika berumur 3 tahun. Ajar mereka membaca Bismillah, Surah Al Fatihah dan bacaan ringkas dalam solat. Lakukan secara ansur maju dan berulang-ulang. InsyaAllah mereka akan mula hafal. Ajak mereka berjemaah bersama terutamanya ketika solat Maghrb dan Isyak. Ketika solat Maghrib dan Isyak kita disunatkan menguatkan bacaan dalam solat. Pastinya anak anda akan mengikuti bacaan tersebut.

Ketika mereka berumur tujuh kuatkuasakan undang-undang, semua ahli keluarga mesti bersolat. Gunakan rotan jika perlu. Ajar anak anda solat tepat pada masanya. Apabila masuk waktu, anda terus suruh mereka solat dan jangan benarkan mereka memberi apa – apa alasan untuk melewatkannya. Paksa mereka jika perlu.

Anak-anak tidak mahu bersolat kerana mereka tidak tahu kepentingan solat.

Inilah juga punca ramai orang dewasa tidak bersolat. Jadi, untuk anda didik anak anda supaya solat lima waktu, anda perlu didik mereka dengan pengetahuan kepentingan solat. Anda perjelaskan kepada mereka sebab bersolat, kesan solat terhadap kehidupan dan kesihatan, dosa dan pahala berkaitan solat dan ganjaran orang bersolat. Sebaik-baiknya tonjolkan kebaikan bersolat dan pahala orang bersolat. Mungkin anda sendiri boleh memberi ganjaran terhadap anak-anak anda yang rajin bersolat. 

Disamping itu anda sendiri boleh mengamalkan doa ini, untuk bermohon kepada Allah.


Surah Ibrahim , Ayat 40-41.

Akhir seklai, anda perlu didik anak – anak anda ikhlas menunaikan solat lima waktu iaitu mereka sendiri yang ingin solat kerana ingin beribadah kepada Allah Ta'ala sebelum anda biar mereka berdikari di dunia luar.

Semoga artikel ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Amin.
Tag : ,

Terima Kasih

on 2012/10/01

Dua patah perkataan yang mudah untuk disebut, "Terima kasih". Digunakan sebagai menghargai jasa seseorang. Ia sukar dilafazkan oleh sesetengah manusia.

Saranan saya, selalulah menggunakan perkataan ini sesama kita. Walaupun pertolongan atau jasa itu kecil.

Cuba perhatikan hadis di bawah yang diriwayatkan Imam Tirmizi dari Abu Hurairah.



Fikir-fikirkan !
Tag :

Cara Mengerjakan Solat Dhuha

on 2012/09/15


Solat Sunat Dhuha merupakan solat sunat yang dilakukan pada waktu pagi ketika matahari berada kira-kira 7 hasta dari ufuk langit hingga sebelum masuk waktu zohor. Lebih kurang jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Boleh dilakukan sebanyak dua rakaat, empat rakaat, enam rakaat atau lapan rakaat dengan satu salam  dan tasyahud pada rakaat genap.(Sila rujuk para ustaz yang arif).

Cara mengerjakan solat dhuha sama seperti solat sunat yang lain. Lakukan perkara rukun solat dan perkara sunat yang dituntut untuk memastikan solat sunat kita diterima.  Di sini saya fokuskan kepada solat dhuha dua rakaat.


Lafaz niat solat sunat dhuha adalah :



Membaca Surah Al Fatihah pada setiap rakaat.

Membaca Surah Al Syam atau Surah Al Kafirun pada rakaat pertama.

Untuk rakaat kedua bacalah Surah Ad Dhuha atau Surah Al Ikhlas.

Lakukan solat mengikur tertibnya sehingga selesai.

Setelah selesai bacalah doa solat dhuha.


Doa Sunat Dhuha yang lain.


Tonton Video ini.


Tag :

Bersiwak

on 2012/09/01

Sudahkah anda bersiwak pada hari ini ?

Bersiwak, bersugi dan menggosok gigi adalah perkara yang sama. Cuma peralatannya mungkin agak berbeza, Setiap hari kita akan menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali. Paling bagus setiap kali selepas makan.

Cara yang paling bagus adalah dengan berkumur-kumur seterusnya menggosok gusi, menggosok gigi untuk membuang sisa makanan. Seterusnya membersih lidah. Membersihkan mulut dan menggosok gigi adalah penting bagi mengelakkan mulut berbau dan mencegah kerosakkan gigi.

Dalam Islam, bersiwak atau menjaga kebersihan mulut dan gigi amat penting. Ini jelas apabila terdapat banyak hadis tentang bersiwak. Terdapat banyak riwayat yang menceritakan perbuatan bersiwak Rasulullah. Antaranya :

Dari Khuzaifah, katanya, "Kebiasaan Rasulullah jika bangun malam, baginda membersihkan mulutnya dengan bersiwak."

Di bawah ini adalah satu hadis dari Abu Hurairah, katanya, Rasulullah bersabda :


Satu lagi hadis daripada Aisyah, Rasulullah bersabda :


Kesimpulannya, bersiwak atau membersihkan mulut dan gigi adalah sunnah Rasulullah. Ia perlu kita ikuti. Amat rugilah kita jika mengabaikannya kerana bersiwak mendatangkan keredaan Allah. Lakukanlah bersiwak ketika bangun tidur, ketika hendak tidur dan sebelum berwuduk dengan niat mengikut sunnah Rasulullah.

In sya Allah kita akan mendapat ganjarannya.
Tag :
 
© Penyakit Dan Doa | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO