Surah Al Fatihah & Doa Muslim

Surah Al Fatihah adalah surah pertama dalam Al Quran yang kita kenal sebagai Ummul Kitab. Al Fatihah yang bermaksud pembukaan. Surah ini diturunkan di Mekah mengandungi 7 ayat.

Sebagai Muslim kita sepatutnya membaca surah ini sekurang-kurang 17 kali dalam tempoh 24 jam.

Rasulullah bersabda , " Surah Al Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkan dalam bacaannya dan Surah Al Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin."

Saya kongsikan kelebihan surah Al Fatihah ini setelah saya menjumpainya di internet.

Jika ada mempunyai hajat yang baik, bacalah Surah Al Fatihah sebanyak 41 kali selepas solat Maghrib. Kekal ditempat duduk anda,  dan bacalah sehingga selesai 41 kali berturut-turut.  Setelah selesai membaca surah Al Fatihah berdoalah kepada Allah untuk memohon hajat.

Ulangilah amalan ini sehingga doa anda termakbul. Segalanya akan berlaku dengan izin Allah sahaja.

Dengan izin Allah, Surah Al Fatihah dapat mengubati penyakit mata, sakit gigi dan sakit perut jika di baca sebanyak 41 kali.

Sumber : karteldakwah dot com

Sebaik-baiknya jadikan bacaan Surah Al Fatihah 41 kali sebagai amalan selepas solat kita.  Surah Al Fatihah & Doa Muslim

0 comment... add one now

Terima kasih kerana sudi ziarah dan menitiskan kata-kata semangat.