2012/10/13

Mendidik Anak Bersolat

Seperti yang kita maklum, solat adalah tiang agama. Solat adalah perkara wajib bagi manusia yang mengaku Islam. Ia merupakan perkara utama dalam rukun Islam. Solat ini nampak mudah untuk dilakukan tetapi ramai  yang gagal melakukannya.

Solat lima waktu  juga mengajar kita untuk berdisiplin dan istiqamah melakukan ibadah kepada Allah. Tanpa didikan agama yang kukuh, kita akan berasa berat untuk bersolat dan seterusnya akan meninggalkan solat lima waktu yang sebenarnya perkara yang wajib kita tunaikan sebagai umat Islam.

Meninggalkan sembahyang lima waktu akan membuatkan diri kita semakin menjauh dari Alalh Taala dan akan mula leka dan ambil mudah mengenai perintah Allah.

Untuk memastikan anak – anak anda sembahyang lima waktu sehari tanpa tertinggal walaupun satu waktu pun, bukanlah perkara mudah. Anak-anak anda perlu diberi didikan agama yang kukuh. Anda perlu ajar mereka mengenai agama Islam dan penitngnya sembahyang lima waktu sebagai seorang Islam.

Anak-anak tidak mahu bersolat kerana mereka tidak biasa bersolat.

Ini masalah utama. Oleh itu ajarlah anak-anak anda bersolat seawal usia 2 tahun. Ajaklah mereka bersolat bersama-sama. Anda boleh menyuruh suami/isteri menjaga anak anda , anda bersolat, anak anda memerhatikankan perbuatan anda. Jangan menyorok daripada mereka ketika anda ingin solat. InsyaAllah mereka akan mula meniru perbuatan solat anda.

Anak-anak tidak mahu bersolat kerana mereka tidak tahu bacaan ketika solat. 

Ajar anak-anak anda menghafal bacaan solat ketika berumur 3 tahun. Ajar mereka membaca Bismillah, Surah Al Fatihah dan bacaan ringkas dalam solat. Lakukan secara ansur maju dan berulang-ulang. InsyaAllah mereka akan mula hafal. Ajak mereka berjemaah bersama terutamanya ketika solat Maghrb dan Isyak. Ketika solat Maghrib dan Isyak kita disunatkan menguatkan bacaan dalam solat. Pastinya anak anda akan mengikuti bacaan tersebut.

Ketika mereka berumur tujuh kuatkuasakan undang-undang, semua ahli keluarga mesti bersolat. Gunakan rotan jika perlu. Ajar anak anda solat tepat pada masanya. Apabila masuk waktu, anda terus suruh mereka solat dan jangan benarkan mereka memberi apa – apa alasan untuk melewatkannya. Paksa mereka jika perlu.

Anak-anak tidak mahu bersolat kerana mereka tidak tahu kepentingan solat.

Inilah juga punca ramai orang dewasa tidak bersolat. Jadi, untuk anda didik anak anda supaya solat lima waktu, anda perlu didik mereka dengan pengetahuan kepentingan solat. Anda perjelaskan kepada mereka sebab bersolat, kesan solat terhadap kehidupan dan kesihatan, dosa dan pahala berkaitan solat dan ganjaran orang bersolat. Sebaik-baiknya tonjolkan kebaikan bersolat dan pahala orang bersolat. Mungkin anda sendiri boleh memberi ganjaran terhadap anak-anak anda yang rajin bersolat. 

Disamping itu anda sendiri boleh mengamalkan doa ini, untuk bermohon kepada Allah.


Surah Ibrahim , Ayat 40-41.

Akhir seklai, anda perlu didik anak – anak anda ikhlas menunaikan solat lima waktu iaitu mereka sendiri yang ingin solat kerana ingin beribadah kepada Allah Ta'ala sebelum anda biar mereka berdikari di dunia luar.

Semoga artikel ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Amin.
Share This Article Facebook +Google Twitter Digg Reddit

Terima kasih kerana sudi ziarah dan menitiskan kata-kata semangat.