Istighfar biasanya kita ucapkan apabila kita melakukan kesilapan, terkejut atau terlupa. Ini adalah kebiasaan bagi orang Melayu Islam di negara kita. Selepas solat juga kita beristighfar sebelum berzikir. Sebelum memulakan rawatan penyakit juga ustaz akan beristighfar.
Istighfar adalah salah satu cara kita memohon ampun kepada Allah. Biasanya diulang tiga kali atau dalam bilangan ganjil.
Di sini saya kongsikan sebutan istighfar yang dianggap paling besar. Menurut al Walid bin Tha'labah, Rasulullah pernah bersabda, "Sesiapa membaca doa tersebut, maka in akan masuk syurga hari atau malam itu juga".
Sebaiknya kita amalkan setiap hari waktu pagi dan petang. Semoga Allah mengampuni dosa kita.
Sekian.
Penghulu Istighfar
Blue Mantis2 comments.. read them below or add one

Moga kalimah-kalimah suci ini menjadi amalan dalam kehidupan kita. InsyaAllah =)

istighfar adalah pembakar dosa kecil, doa adalah bukti ketaatan dan keyakinan hamba pada haliqnya
Next post: Doa Ketika Keletihan
Prev post: Mendidik Anak Bersolat