Bismillah 5

Salam sejahtera.

Sakit boleh datang pada bila-bila masa sahaja. Tanpa sebarang amaran. Ia berlaku pada masa yang tidak mampu untuk kita jangka. Adakah kita bersedia ? 

Dibawah ini adalah ayat Bismillah 5. Ramai yang sudah tahu fadhilat Bismillah 5, tetapi tidak ramai yang ambil peduli. 

Imej dari internet.

Secara peribadi saya berpendapat bahawa kita perlu mengamalkan sesuatu ayat  Al Quran sebelum menggunakannya dalam mengubati penyakit. Cara terbaik adalah dengan membaca ayat tersebut setiap kali selepas solat fardhu. Setelah hafal dan betul-betul mahir barulah boleh digunakan.

Bismillah 5 boleh kita gunakan untuk pendnding diri, merawat diri sendiri dan merawat orang lain.

Terdapat pelbagai cara rawatan menggunakan Bismillah 5. Antaranya dengan membaca Bismillah 5 dalam bilangan ganjil, ditiup ke tapak tangan lalu diusap ke bahagian yang sakit.

Cara yang lain adalah dengan membaca Bismillah 5 dalam bilangan ganjil lalu ditiup ke dalam air. Air tersebut boleh diminum atau dimandikan kepada pesakit.

Untuk merawat diri sendiri, biasanya saya niatkan apa yang saya mahu dan saya baca seberapa banyak yang mampu dan diusap pada tempat yang sakit. Perkara yang paling penting adalah niat untuk mengubati dan sedar bahawa penyakit itu adalah ujian Allah. Mohonlah supaya Allah padamkan ujian tersebut dan bacalah Bismillah 5 beribu-ribu kali jika mampu.

Mungkin agak sukar untuk permulaan. Jika sudah menjadi amalan ia menjadi mudah. In Sya Allah.

Selamat beramal. 

2 comments.. read them below or add one

Unknown Unknown 11 April, 2016
Terima kasih atas perkongsian ilmu
AnonymousAnonymous 15 March, 2018
Terima kasih atas penerangan yg amat berguna. Mohon saya copy image bismillah 5 untuk tujuan kebaikan.

Terima kasih kerana sudi ziarah dan menitiskan kata-kata semangat.