Bismillah 9

Bismillah 9 adalah satu kalimah yang jarang kita dengar orang menyebutnya. Entah mengapa kalimat ini agak kurang popular.

Saya sendiri terjumpa kalimah ini ketika melayari internet. Saya kemudiannya membuat cari berkaitan kalimah ini dan mendapati kebanyakan blog menceritakan perkara yang sama.


Mari kita dengar bacaannya.



Terjemahan bacaan tersebut.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Dengan Nama Allah Sekalian Alam.
Dengan Nama Allah Yang Mempunyai Arasy Yang Agung.
Dengan Nama Allah, Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani.
Dengan Nama Allah, Maha Memiliki Keagungan Suci.
Dengan Nama Allah Tuhan Jibrail.
Dengan Nama Allah Tuhan Mikail.
Dengan Nama Allah Tuhan Israfil.
Dengan Nama Allah Tuhan Izrail.
Dan Malaikat Yang Menghampiri Kepada Mereka
Dan Allah, Tuhan Yang Menguasai Seluruh Alam.
Dengan Rahmat-Mu, Wahai Yang Maha Pengasih Lagi Maha Menyayangi.


Kalimah ‘Bismillah 9’ ini boleh diamalkan setiap kali selepas solat. Pengamal ‘Bismillah 9’ akan mudah terkabul segala hajat dan permintaannya. In sya Allah. ‘Bismillah 9’ ini boleh jadi benteng pertahanan diri daripada situasi kecemasan dan bahaya. Jika berada dalam keadaan darurat kalimah ini boleh menjadi senjata pemusnah musuh denagn izin Allah.

Dalam carian di internet, saya juga menemui cara beramal dengan kalimah ini adalh seperti berikut :

Hadiahkan surah Al Fatihah kepada Nabi Muhammad SAW. (1 kali)
Hadiahkan surah Al Fatihah kepada seluruh Rasul dan Malaikat Allah (1 kali)
Hadiahkan surah Al Fatihah kepada wali-wali Allah, ulama dan seluruh kaum muslimin (1 kali)
Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW (1 kali atau lebih)
Kemudian  membaca Bismillah 9.

Semoga anda beroleh manfaat.


0 comment... add one now

Terima kasih kerana sudi ziarah dan menitiskan kata-kata semangat.