Doa Dan Berdoa



Berdoa adalah perbuatan memohon pertolongan atau bantuan daripada Yang Maha Esa. Mereka yang berdoa perlu meletakkan keyakinan yang tinggi terhadap permintaan mereka. Di sinilah letaknya kekuatan doa mereka.

Sebagai orang Islam, mereka perlu yakin dengan kekuasaan Allah. Allah itu Maha Berkuasa di atas segalanya. Allah yang mengatur segalanya. Allah memberinya sebagai satu ujian atau sebagai satu rahmat.
Jika berlaku suatu kegembiraan , bersyukurlah. Jika berlaku musibah, beringatlah. Ini adalah ujian Allah. Kembaliah kepada Allah, berdoalah kepada Allah supaya dipadamkan ujian itu.

Dalam satu hadis, Rasulullah pernah bersabda,

 "Doa itu amat berguna bagi perkara yang telah diturunkan (terjadi) dan bagi perkara yang belum diturunkan (belum terjadi). Kerana itu wahai para hamba Allah, sentiasalah kamu berdoa (terhadap segala sesuatu, maka akan diperkenankan)".

Berdasarkan hadis di atas, memang jelas dinyatakan orang Islam perlu sentiasa berdoa.

Sekian.

  

0 comment... add one now

Terima kasih kerana sudi ziarah dan menitiskan kata-kata semangat.