Amalan Melindungi Diri Dari Jin Dan Syaitan

Salam sejahtera.

Maafkan saya kerana sudah lama saya tidak update blog ini. Saya sebenarnya sedang menghabiskan pembacaan berberapa buah buku berkaitan Islam dan doa. In Sya Allah jika ada masa terluang saya akan kongsikan dapatan saya daripada pembacaan tersebut.

Berdasarkan pembacaan saya dan perbincangan dengan beberapa ustaz, saya dapati hampir semua ayat Quran adalah doa. Oleh sebab itu kita dianjurkan supaya sentiasa membaca Al Quran.

Menurut suatu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah bersabda. "Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur (tidak dibaca Al Quran di dalamnya). Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah Al Baqarah (ayat Al Quran)."  

Di bawah ini saya serta salah satu ayat yang boleh kita amalkan setiap hari untuk memohon perlindungan kepada  Allah Taála. Ayat ini sememangnya kita amalkan setiap kali selepas solat. Jom kita tambah lagi pembacaannya setiap pagi dan petang.


Ayat ini adalah Ayatul Kursi , salah satu ayat dalam surah Al Baqarah. Merupakan bacaan yang dapat melindungi diri dari jin dan syaitan. In Sya Allah.

Semoga anda beroleh manfaat. Jika boleh share kan di FB anda.


Terima kasih.

0 comment... add one now

Terima kasih kerana sudi ziarah dan menitiskan kata-kata semangat.